Diantara kita pasti pernah tertanya-tanya tentang persoalan ini..Lebih2 lagi selepas berakhirnya puasa Ramadhan. Ramai kaum hawa yang confuse samada untuk menggabungkan puasa wajib dgn puasa sunat ataupun tidak..Jawapan yg saya sertakan dibwah adalah 100% copy paste dr Ustaz Zaharudin..semoga dapat manfaat bersama..=) i) Jika anda bertanya manakah yang lebih baik antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha, jawapannya adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih ertinya : “ Tidak hampir kepadaku orang yang ingin hampir kepadaKu sebagaimana apabila mereka melaksanakan amalan fardhu / wajib mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya…” ( Riwayat Al-Bukhari ) |
Amat
jelas hadis ini menjelaskan amalan fardhu atau wajib lebih utama di
sisi Allah SWT dari yang sunat, walau sehebat mana sekalipun yang sunat
itu.
Hadis tadi sebagai asasnya, tetapi dari sudut
praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksud saya begini, jika seseorang itu perlu qadha puasanya selama 30
atau berpuluh-puluh hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan
Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat
sehingga mampu mengerjakan syawwal terlebih dahulu, ketika itu mungkin
ia boleh mendahulukan puasa syawwal bagi mengejar waktunya yang singkat
berbanding qadha. Tapi harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa qadha
adalah panjang, tetapi kita tidak pasti adakah kita mampu sampai ke
tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang
yang mati sebelum qadha puasa tetapi sudah berpuasa sunat syawwal akan
pasti bermasalah kerana ia masih berhutang dengan Allah. Bagaimanapun
seseorang yang mati setelah qadha puasanya tetapi tidak sempat sunat
syawwal, maka tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin
boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali.
|
Kita harus memahami bahawa darjat puasa qadha adalah lebih tinggi dan
tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat
Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan
‘hutang’ ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah
sebagai tambahan pahala.
|
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan saya seperti berikut :-
Tidak
elok menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu ( dari sudut
kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana
sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah
melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk digabungkan.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya
ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan
para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang membolehkan penggabungan menjadi tandatanya iaitu :-
•
Jika anda mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa
syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu
yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan
solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan tahiyyatul masjid atau
dengan solat unat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat tahiyyatul
masjid. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah
wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur
istikharah dan lain-lain.
• Menurut guru saya
Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa’dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr
Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib
tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain,
kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi
semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan
kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan
kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu
a’lam.
|
•
Tindakan A’isyah ra yang melewatkan qadha pula boleh di jadikan hujjah
bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa qadha dan syawwal. Maka ini
lah yang terpilih sepatutnya. ( tidak gabungkan kerana aisyah tidak
menggabungkannya)
• Amalan wajib (qadha)
memerlukan niat yang ‘jazam’ (tepat dan pasti) maka tindakan
mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya
kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar
diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan
harapan Allah menerimanya. Bagaimanapun , ulama yang mencadangkan ini
jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan
pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat sepenunya (Hasyiah
As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari
Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
•
Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh
ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Ihsan Muhammad
'Aayish al-'Utaibi. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
ertinya “ Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6
hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa
ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Muslim). Kita dapat melihat penggunaan
‘fe’il madhi’ iaitu ‘past tense’ bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja
boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah
melangkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat
peruntukan pahala sunat Syawwal.
• Hujjah ulama
yang mengharuskan adalah hadith “ Sesungguhnya amalan itu berdasarkan
kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan.” (Riwayat Bukhari,
no 1, 1/12) dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah
penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima,
contohnya seperti niat solat dalam mazhab Syafie mestilah dimulakan
semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak
dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin,
An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103)
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
•
Qiyas haji Qiran (iaitu menggabungkan Haji dan Umrah) kepada Puasa
Qadha wajib dan Sunat Syawwal adalah qiyas yang kurang tepat. Malah
terdapat majority ulama yang tidak setuju dengan konsep “qiyas’ dalam
isu ibadat. ( Rujuk Nihayah As-Sull, Jamaluddin al-Isnawi)
Kesimpulan
pandangan saya yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan
elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal) ;
bagaimanapun, pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah
“keringanan” bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak
mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan adalah
beberapa ulama mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of
Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh
Islam online.net dan beberapa yang lain.
|
ii) Semasa usia remaja, saya pernah meninggalkan solat, demikian juga
puasa. Tetapi saya tidak ingat jumlah solat yang ditinggalkan, serta
jumlah hari puasa yang ditinggalkan. Bagaimana cara terbaik untuk saya
lakukan qada’ terhadap kedua-dua perkara wajib ini?
|
Jawapan
: Terdapat pelbagai pandangan ulama dalam hal ini, tetapi pandangan
pilihan saya adalah. Ia adalah hutang kepada Allah yang mesti di bayar,
maksud saya semua amalan solat dan puasa wajib yang ditinggalkan wajib
juga diganti. Sabda Nabi menyebut tentang perlunya membayar hutang Allah
ini: “ Hutang Allah lebih layak untuk dipenuhi (terlebih dahulu) “
(Riwayat ) .
|
Bagaimanapun,
timbul persoalan akan beratnya tindakan untuk menggantikannya dan
jumlahnya yang tidak terkira banyaknya. Jika demikian maka respond
cadangan saya adalah anda boleh melakukan tindakan berikut:-
a) Tawbat kepada Allah atas kelalaian yang lalu, dengan tawbat dan penyesalan yang sungguh-sungguh.
b)
Qadha’ solat dan puasa yang ditinggalkan menurut kemampuan yang ada,
jangan terlalu dipaksa, sekadar yang mampu kerana Allah maha pemurah dan
pengampun. Bersangka baiklah dengan Allah SWT agar Allah mengampunkan
tetapi sangka baik mestilah disertakan dengan bukti kesungguhan kita
untuk bertawbat, Sabda Nabi dalam hadith Qudsi “Berkatalah Allah: Aku
berada di atas sangkaan hambaku terhadapKu..” ( Riwayat Al-Bukhari,
Muslim, Muntaqa Targhib wa Tarhib, no 821, 1/437 ). Pun begitu saya
tetap sarankan agar ianya diganti sekadar yang mampu bagi membuktikan
kesungguhan. Jika tidak saya bimbang, ramai meninggalkan solat dan puasa
wajib dengan mudah, kemudian bertawbat, kemudian ponteng lagi, kemudian
tawbat. Benar Allah maha pengampun tetapi buktikan keinsafan kita. Nabi
bersabda : “ Sekiranya kamu melakukan dosa sehingga sebesar matahari
sekalipun, kemudian kamu bertawbat , nescaya Allah akan menerimanya “
(Riwayat Ibn Majah no 4238 dengan sanad yang baik; disebut sebagai
“Hasan” dalam majma az-Zawaid; rujuk Muntaqa 2/820)
c)
Kemudian tebus kesalahan lalu itu dengan memperbanyakkan amalan-amalan
soleh yang pelbagai seperti ajak orang lain agar jangan ponteng puasa
(sebagai tebus kita ponteng dahulu), ajak orang keluarga, rakan-rakan
yang melalaikan solat agar mementingkannya. Cadangan saya ini berasaskan
sabda Nabi SAW : “ Bertaqwalah kamu kepada Allah dimana sahaja kamu
berada, dan ikutilah perbuatan dosamu (buruk) dengan perbuatan baik
(pahala) , kerana ia akan memadamnya dan menjadikan kamu sebagai seorang
yang berakhlak mulia “ ( Riwayat Tirmidzi, kitab al-Birr, no 1987,
4/355 ; Hasan Shohih menurut Tirmidzi dan Hasan menurut Albani)
|
:: Hembusan Kasturi ::
Cinta yang suci adalah yang lahir dari hati yang murni..
Monday, October 17, 2011
Gabung Puasa Qadha & Sunat..Boleh @ Tidak?
Sunday, October 16, 2011
Mati Hidup Semula
"Seseorang ustazah yang ikhlas; mengajarkan ilmu kepada pelajarnya dan yang lain, tanpa mengharapkan balasan yang lumayan, tanpa mengharapkan publisiti, tanpa mengharapkan populariti, tanpa menonjol dan tidak perlu ditonjolkan di khalayak. Tidak bertanding dan tidak perlu dipertandingkan ilmu dan karekternya. Ustazah solehah yang faham kesolehahan seseorang wanita itu adalah tidak memandang dan tidak dipandang. Ustazah sebeginilah yang akan disayangi pelajarnya, dikenang muridnya, dicintai dan dikasihi dengan ikhlas oleh pelajar-pelajarnya. Ustazah pilihan hati pelajar tidak perlu cantik, tidak perlu menawan, cukuplah ilmunya ikhlas hangat terasa sehingga ke dasar hati yang paling dalam. Diingat sampai bila-bila. Dipanggil ustazah sampai ke hujung nyawa.." =)
Wednesday, August 20, 2008
Khamis: Tugasan Emel
- Buka laman www.yahoo.com
- Kemudian klik pada 'sign in' dan masukkan id anda (azie_kp88@yahoo.com) dan juga password (**********).
- Kemudian klik pada 'mail'.
- Kemudian pilih 'option' dan klik pada 'mail option'.
- Pilih icon 'signature'.
- Pilih 'color and graphics' bagi menghias 'signature' anda.
- Taip nama penuh,nombor telefon,alamat homepage blog dan juga alamat homepage yahoo group anda.
- Kemudian klik 'save' untuk menyimpan maklumat yang telah anda taip.
Perbandingan Antara Compose Dengan Signature (Perbezaan dan Persamaan) :
- Compose :
- Digunakan untuk memulakan dan mengarang emel yang baru.
- Cara-cara menggunakan compose ialah :
*Buka laman www.yahoo.com
*Kemudian klik 'sign in' dan masukkan id anda dan juga password.
*Klik pada butang 'mail'. Kemudian klik pada 'compose'.
*Seterusnya anda boleh mula mengarang emel anda..
2. Signature :
- Sebagai tanda pengenalan diri kita
- Juga mengandungi maklumat kita secara umum
- Cara penggunaan signature ialah :
*Buka yahoo!mail anda dan 'sign in'.
*Kemudian klik pada butang 'option' dan pilih 'mail option'.
*Seterusnya pilih 'signature' dan anda boleh mula mengarang serba sedikit tentang anda sebagai pengenalan diri.
*Kemudian 'save' maklumat anda dan anda boleh edit dari semasa ke semasa.
3. Persamaan compose dengan signature :
- Dapat menghantar emel kepada sahabat-sahabat yang lain.
- Dapat berkongsi maklumat dan berkenal-kenalan dengan sahabat lain.
4. Perbezaan compose dengan signature
- Compose digunakan untuk memulakan dan menghantar emel kepada kenalan kita.
- Signature pula digunakan sebagai pengenalan diri kita supaya sahabat yang lain dapat mengetahui serba sedikit tentang kita.
5. Refleksi :
*Untuk mendapatkan jawapan bagi persamaan dan juga perbezaan antara compose dan signature,saya telah bertanya sahabat-sahabat yang lain dan juga cuba terokai sendiri bagi mengetahui dengan lebih mendalam tentang compose dan signature.
Perbandingan Antara Forward,Reply Dan Carbon Copy
- Ciri-ciri dan penggunaan :
a) forward - merupakan 1 cara untuk menghantar mesej yang telah dikirim kepada kita oleh orang lain dan kita pula mengirim kepada sahabat yang lain.
- memudahkan urusan kita lebih-lebih lagi jika memerlukan kita untuk menghantar mesej kepada ramai orang.
b) reply - merupakan 1 kaedah bagi membalas email yang telah dihantar kepada kita.
c) carbon copy - merupakan 1 cara bagi menyalin semula dan menghantar mesej yang sama kepada orang lain.
2. Persamaan forward,reply dan carbon copy :
- Untuk menghantar email kepada sahabat yang lain.
3. Perbezaan forward,reply dan carbon copy :
- forward - dapat mengirim email yang sama kepada individu yang berbeza.
- reply - hanya dapat membalas email
- carbon copy - dapat menyalin semula email untuk dihantar kepada yang lain.
4. Refleksi :
*Saya merujuk kepada sahabat-sahabat saya yang lain dan satukan pandangan mereka dan saya cuba 'explore' sendiri bagi memahami peranan ketiga-tiga elemen-elemen tersebut.
Langkah-langkah Menjadi Sesuatu Kumpulan
Langkah-langkah untuk menjadi sesuatu kumpulan :
- pergi ke yahoogroup
- pilih start your group
- kemudian pilih school and education
- kemudian pilih college and university
- masukkan group email
- masukkan group name
- masukkan group homepage